Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).-surah az-zumar ayat 42-
“Carilah Rahmat Tuhan kerana ianya melampaui azab
Neraka dan nikmat Syurga.”

Sunday 27 March 2011

Malaysia Bakal Dilanda Gempa





KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Renungan Bersama
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu."
(Surah As-Syura: ayat 30) 
"Dan peliharalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di kalangan kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Ketahulilah bahawa Allah Maha Berat azab-Nya." (Surah Al-Anfal: 25)

Bencana-bencana alam yang menimpa orang-orang yang hidup sebelum al-Qur'an diturunkan terus berlaku. Namun, sebelum mereka berlaku Allah memberi amaran. Antara amaran-amaran yang dijelaskan-Nya di dalam al-Qur'an adalah:
"Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas, menutupi manusia; ini adalah azab yang pedih." (44:10-11)

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaran-Ku?" (67:17)

"Dan Dia menurunkan dari langit, gunung-gunung, yang di dalamnya hujan batu, supaya Dia menimpakan kepada siapa yang Dia mengkehendaki dengannya, dan memalingkannya daripada siapa yang Dia mengkehendaki;" (24:43).

"atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit." (34:9)

"Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?" (16:45)

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?" (67:16)

"Katakanlah, 'Apa pendapat kamu, jika pada waktu pagi air kamu meresap ke dalam tanah, kemudian siapakah yang mendatangkan kepada kamu air yang mengalir?'” (67:30)

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidakpercayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?" (17:68-69)

"Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami datang ke bumi dengan menguranginya di tepi-tepinya?" (13:4)
Dan khas bagi penduduk bandar raya:
"Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur? Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu pagi sedang mereka bermain-main?" (7:97-98)

No comments:

Post a Comment