Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).-surah az-zumar ayat 42-
“Carilah Rahmat Tuhan kerana ianya melampaui azab
Neraka dan nikmat Syurga.”

Wednesday 13 April 2011

Cedera bergaduh kerana kura-kura

Kosmo Online: KUALA TERENGGANU - Gara-gara bergaduh siapa patut jaga seekor kura-kura, seorang anggota polis dan adiknya cedera dalam kejadian berhampiran sebuah pasar raya di Permaisuri, Setiu di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 7.30 malam itu dikatakan berlaku apabila adik anggota polis berusia 22 tahun itu hendak menyerahkan seekor kura-kura kepada seorang gadis yang ditemui di hadapan pasar raya berkenaan.
Sebaik sahaja kura-kura itu diserahkan kepada gadis terbabit, dua lelaki dipercayai rakan kepada adik anggota polis tersebut datang dan mengajak mangsa pergi ke belakang pasar raya tersebut.
Kedua-dua lelaki itu kemudian bertindak menumbuk mangsa kerana tidak puas hati kura-kura itu diserahkan kepada gadis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritendan Rohaizat Abd. Ani berkata, mangsa yang bekerja di Hospital Setiu kemudian menghubungi abangnya yang merupakan seorang anggota polis berusia 26 tahun.


1 comment:

  1. Apa kebanggang pasal kura-kura pun bertumbuk.......apa nak jadi dunia hari ni.....itu baru kura2 dah bertumbuk adik bradik.....kalau emas logik gak psl blh gak jual...

    ReplyDelete